BYD laksana panggil balik terbesar melibatkan lebih 115,000 unit Tang, Yuan Pro susulan bateri bermasalah

0
48

BYD laksana panggil balik terbesar melibatkan lebih 115,000 unit Tang, Yuan Pro susulan bateri bermasalah

BYD Tang 2015

Pengeluar kereta China, BYD, bakal melaksanakan panggilan balik (recall) terbesar setakat ini melibatkan lebih daripada 115,000 kenderaan siri Tang dan Yuan Pro yang dihasilkan antara tahun 2015 hingga 2022 disebabkan oleh kecacatan reka bentuk dan risiko keselamatan berkaitan bateri, menurut kenyataan pengawal selia pasaran China hari ini.

BYD telah mengemukakan pelan kepada Pentadbiran Negeri bagi Peraturan Pasaran (State Administration for Market Regulation) untuk memanggil balik 44,535 kenderaan siri Tang yang dihasilkan antara Mac 2015 dan Julai 2017, di mana kecacatan reka bentuk pada komponen tertentu mungkin menyebabkan fungsi tidak normal, laporan Reuters.

Syarikat itu juga bakal memanggil balik 71,248 kenderaan elektrik Yuan Pro yang dihasilkan antara Februari 2021 dan Ogos 2022 disebabkan oleh isu pembuatan yang menjejaskan pemasangan bateri.

Pada bulan Januari lalu, syarikat itu telah memanggil balik 6,843 kenderaan SUV plug-in hibrid off-road Fangchengbao Bao 5 kerana risiko kebakaran.

Sebelum itu, pada September 2024, pengeluar kereta tersebut telah memanggil balik hampir 97,000 kenderaan elektrik Dolphin dan Yuan Plus akibat kecacatan pembuatan yang melibatkan unit kawalan stereng yang menimbulkan risiko kebakaran.

The post BYD laksana panggil balik terbesar melibatkan lebih 115,000 unit Tang, Yuan Pro susulan bateri bermasalah appeared first on Paul Tan's Automotive News.