PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo?

0
35

PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo?

Pasaran sedan segmen-C di Malaysia tidak lagi meriah seperti satu ketika dahulu kerana pelanggan yang mempunyai bajet sekitar RM100k-RM150k mereka lebih gemar untuk memilih SUV. Memiliki sedan kini seolah-olah memberikan satu ‘statement’ oleh pemiliknya bahawa selain praktikaliti untuk keluarga, mereka juga memerlukan sesuatu yang seronok untuk dipandu.

Mungkin inilah sebab mengapa Honda Civic menjadi ‘raja’ dalam pasaran sedan segmen-C (bukan nasional) di Malaysia. Ini kerana Civic bukan hanya menampilkan platform yang memberikan karekteristik pengendalian yang begitu seronok, malah ia turut menerima enjin 1.5 liter VTEC Turbo yang agak berkuasa dalam keadaan standard.

Seperti biasa, lawan tradisi untuk Civic dari Toyota adalah Corolla – untuk generasi Civic FE, ia perlu berhadapan dengan Corolla generasi ke-12 dengan kod E210. Dan bagi pasaran Malaysia, Corolla turut ditawarkan dalam versi lebih sporty dengan lencana GR Sport. Tidak seperti Civic RS yang hanya menerima tingkat taraf kosmetik, Corolla GR Sport benar-benar menerima sentuhan semula prestasi pada beberapa bahagian bagi memberikan pemanduan lebih sporty berbanding versi standard.

Corolla GR Sport ini diperkenalkan buat pertama kali di Malaysia pada Ogos 2023 pada harga RM153,800, dan kemudian dilancarkan dalam versi facelift pada awal tahun ini, dijual pada harga atas jalan tanpa insuran lebih murah iaitu RM149,800. Walau bagaimanapun varian lebih sporty ini masih RM5,000 lebih mahal dari Corolla biasa serta hampir sama dengan Civic RS Turbo, jadi apa istimewanya Corolla GR-Sport? Mari saya bawa tuan-tuan pandu uji Toyota Corolla GR Sport 2025 ini.

PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo?

Sebelum itu, mari kita belek-belek dahulu bahagian luaran. Sekali tengok perbezaan yang paling ketara adalah pada bahagian bampar hadapan di mana versi facelift ini diberikan gril bawah yang lebih besar, lebih mirip dengan hot-hatch Gazoo Racing sebenar iaitu GR Corolla. Gril ini direka lebih bersegi dan seolah-olah ia mahu menghirup semua udara di hadapannya bagi disedut ke dalam enjin dan untuk sistem penyejukkan.

Pada gril berkenaan juga dibekalkan dengan sepasang lampu kabus LED yang kini direka seperti kiub, berbanding bulat sebelum ini. Dan satu logo ‘GR’ dilekat pada bahagian atas kiri gril bampar tersebut bagi menandakan ia berbeza dari Corolla biasa.

Versi facelift ini masih lagi menggunakan set rim aloi 18-inci jejari bilah turbin dalam kemasan hitam berkilat dibalut dengan tayar Dunlop SP Maxx 050 bersaiz 225/40R18, bersama skirt sisi dan juga panel diffuser bawah bampar belakang yang sama seperti versi sebelumnya.

Manakala lampu belakang, bentuk klusternya masih sama, tetapi ia kini datang dengan lensa albino serta latar belakang yang dihitamkan (smoked). Warna-warna pada lampu berkenaan terus keluar dari grafik LED yang dibekalkan. Lampu tersebut nampak agak agresif sebagai lampu yang dibekalkan standard dari kilang.

PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo?

Model kemaskini ini juga menerima tambahan spoiler ‘ekor itik’ dalam kemasan hitam berkilat, memberikan rupa sebuah sedan sport yang lebih lengkap. Tiga pilihan warna badan diberikan untuk Corolla GR Sport 2025 ini iaitu Red Mica Metallic, Platinum White Pearl Mica dan Attitude Black Mica, di mana dua pilihan warna bukan hitam datang dengan bumbung berwarna hitam berkilat.

Antara perincian standard lain pada bahagian luaran Corolla GR Sport ini termasuk lampu hadapan bi-LED jenis projektor bersama lampu nyalaan siang LED bina-dalam visor pada semua tingkap cermin pintu, pengelap cermin hadapan dengan penderia hujan dan cermin sisi larasan kuasa auto-lipat dengan lampu isyarat membelok serta penutup dalam kemasan hitam.

Sekarang kita masuk pula ke bahagian kabin. Secara asasnya rekaan dalaman versi facelift ini tidak berubah. Namun dengan beberapa sentuhan kecil yang melibatkan kemasan, pemilihan warna dan material memberikan rasa yang lebih ‘racy’ pada Corolla GR Sport 2025 ini.

Papan pemuka misalnya, ia masih menggunakan rekaan yang sama seperti sebelum ini tetapi ia kini menampilkan serlahan-serlahan jahitan benang merah, manakala perapi-perapi yang sebelum ini berwarna perak telah ditukar ke warna hitam. Imej baharu ini turut diperkuatkan dengan sarung tuil gear dan roda stereng balutan kulit yang kini turut menyerlahkan jahitan benang merah serta menerima logo ‘GR’ pada jejari sebelah bawah.

PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo?

Suis penghidup enjin GR, pad pengecas telefon pintar tanpa wayar dan paparan instrumen digital penuh dengan skrin 12.3-inci masih lagi dikekalkan, manakala skrin sesentuh infotainmen yang sebelum ini bersaiz sembilan-inci ditukar kepada unit lebih besar bersaiz 10-inci. Sistem Display Audio tersebut turut menyokong Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.

Tempat duduk masih nampak sama juga dengan jahitan benang merah serta cop logo GR pada perehat kepala, namun upholsteri kulit hitam sepenuhnya sebelum ini telah digantikan dengan gandingan kulit hitam dan sued hitam kemerah-merahan pada sebelah tengah yang hampir menyerupai tempat duduk GR Corolla.

Turut melengkapi kabin Corolla GR Sport ini termasuk set tali pinggang keledar berwarna merah, serlahan-serlahan perapi merah pada panel pintu, karpet GR, perehat tangan tengah balutan kulit dengan ruang storan di dalamnya dan sistem pendingin hawa automatik dua zon.

Sebagai sebuah sedan Corolla, sudah tentu ia menampilkan praktikaliti yang baik di mana penumpang belakang menerima tempat duduk dengan sudut tidak terlalu menegak, sokongan bahagian peha yang mencukupi sambil memberikan ruang lutut dengan keluasan pada tahap selesa, serta bumbung yang tidak mengganggu ruang kepala.

PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo?

But belakang memberikan ruang kargo dengan kapasiti 470 liter, dan kalau anda nak letak barang lebih panjang, tempat duduk belakang boleh direbahkan. Ia juga masih dibekalkan dengan tayar gantian, tetapi dengan saiz ‘space saver’ yang kecil untuk tidak mengorbankan ruang kargo.

Sekarang mari kita mula memandu. Corolla GR Sport menggunakan enjin yang sama dengan Corolla biasa iaitu enjin 2ZR-FE 1.8-liter Dual VVT-i yang menghasilkan 139 PS pada takat 6,400 rpm dan tork maksima 172 Nm pada takat 4,000 rpm. Enjin ini juga masih digandingkan dengan kotak gear CVT automatik.

Enjin dan juga kotak gear Corolla GR Sport ini sebenarnya telah menerima talaan berbeza – ia tidak melibatkan perubahan angka kuasa, tetapi talaan tersebut lebih kepada merubah karekteristik unit rangkaian kuasa tersebut agar terasa lebih sporty. Dan pada kotak gear CVT, nisbah gear maya yang sebelum ini hanya diberikan tujuh-kelajuan, diubah menjadi 10-kelajuan pada Corolla GR Sport ini.

Secara keseluruhan, talaan semula pada enjin dan kotak gear tersebut memberikan respon yang lebih baik pada pedal pendikit. Sekiranya anda menggunakan mod Sport bersama tukaran gear automatik, kotak gear ini akan memberikan tukaran kepada gear rendah ketika anda memperlahankan kereta bagi memberikan kesan engine braking, dalam masa yang sama kedudukan gear juga akan dikekalkan pada satu nisbah ketika mengambil selekoh bagi memudahkan kawalan pedal pendikit untuk pemandu.

PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo?

Pendek kata, anda tidak akan terasa kurang kuasa pada enjin ini – walaupun ia tidak menjana kuasa yang tinggi seperti apa yang ditawarkan oleh Civic, talaan responsif yang diberikan membuatkan kereta ini seronok untuk dipandu. Namun penulis berpendapat sekiranya Toyota dapat menghasilkan bunyi buatan yang lebih sporty, tak kiralah sama ada bunyi udara induksi ataupun ekzos, pastinya pemanduan kereta ini akan terasa lebih seronok.

Dan sekiranya anda menggunakan mod tukaran gear manual serta mod pemanduan Sport, tukaran gear yang diberikan akan disertakan rasa ‘shift shock’ seolah-olah ia adalah kotak gear automatik konvensional. Malah kalau anda gunakan normal sekalipun, kotak gear CVT Toyota ini adalah antara yang terbaik dalam pasaran kerana ia senyap, responsif dan sangat kurang terasa rubber band effect.

Corolla generasi ke-12 ini dibina berasaskan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) yang menampilkan titik graviti yang rendah. Malah ia menerima suspensi belakang antara yang paling canggih dalam pasaran buat masa sekarang iaitu double wishbone.

Asas sahaja dah cukup baik, manakala varian GR Sport ini dipadankan dengan penyerap hentak, spring dan bar anti-oleng yang lebih keras dari versi biasa bagi memberikan pengendalian dan kestabilan lebih baik, ditambah dengan pemadanan tayar UHP.

PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo?

Hasilnya pengendalian Corolla GR Sport ini memang agak menyeronokkan. Ia adalah sedan yang boleh dibelasah masuk ke selekoh sambil menekan pedal pendikit semahunya. ‘Kepala’ Corolla ini sentiasa mengikut arahan stereng, tajam masuk selekoh dan tangkas menukar arah. Daya olengan badan juga dirasakan sangat minima ketika melayan selekoh, dan ia tidak membuai ketika melalui jalan yang beralun.

Toyota ada menyatakan bahawa keselesaan suspensi Corolla GR Sport ini terpaksa dikurangkan sedikit semata-mata mahu memberikan pengendalian yang lebih baik. Namun pada pendapat penulis, tetapan suspensi yang diberikan sebenarnya masih mampu untuk membawa seisi keluarga dalam keadaan sangat selesa.

Kesimpulannya, kalau anda mahukan sebuah sedan yang Sporty, dengan harga yang masih munsabah, Corolla GR Sport ini antara calon yang sesuai. Namun jika anda mahukan sesuatu yang lain dari ‘lautan’ Civic, tetapi masih tidak memeningkan kepala dari ketahanan dan penjagaan, Corolla GR Sport ini adalah jawapan yang muktamad.

PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo?

The post PANDU UJI: Toyota Corolla GR Sport 2025 – memang ada talaan prestasi, alternatif Civic RS 1.5 Turbo? appeared first on Paul Tan's Automotive News.